Aliran Jubilee

Laluan Jubilee merupakan salah satu daripada perkhidmatan London Underground. Perkhidmatan kereta api ini dibina dalam dua segmen — pada awal pembukaannya hingga stesen Charing Cross dalam kawasan London Tengah. Manakala pada tahun 1999, landasan laluan ini dipanjangkan ke Stratford di timur London. Stesen-stesen dalam perkhidmatan yang dibina terkemudian mempunyai ciri-ciri keselamatan, serta lebih lapang dari segi saiz. Ini bertujuan untuk mengelakkan masalah pada masa akan datang melibatkan kesesakan stesen dan kurang kawasan keselamatan. 13 daripada 27 buah stesen laluan ini dibina bawah tanah. Dalam peta London Underground, laluan ini berwarna kelabu.